Program

Latar Belakang

Konvensyen Mahasiswa Matematik Malaysia merupakan Konvensyen Matematik pertama diadakan di peringkat kebangsaan khusus kepada pelajar Matematik di peringkat pengajian ijazah sarjana muda.

Konvensyen ini pada dasarnya dicadangkan untuk diadakan bertujuan bagi membincangkan hala tuju mahasiswa pengajian bidang matematik selepas mereka menamatkan pengajian di universiti pada peringkat ijazah sarjana muda. Program ini juga mampu menjadi pentas kepada pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia untuk mengutarakan isu pengajian di institut pengajian masing-masing untuk membincangkan dan dibuat resolusi yang difikirkan sesuai.

Konvensyen ini turut melibatkan Pertandingan Senimatik yang merupakan pertandingan berbentuk kesenian dan kebudayaan yang berfokuskan Matematik bagi mencungkil bakat di kalangan pelajar Matematik sendiri. Selain daripada itu, ” Malam Tautan Kasih” turut diadakan untuk merapatkan hubungan pelajar Matematik dari institut pengajian tinggi dari seluruh Malaysia selaras dengan sambutan sedekad penubuhan Himpunan Mahasiswa Matematik (HIMMAT) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dahulunya dikenali dengan nama Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM).

Selain itu, program ini turut dijalankan bertujuan untuk mempromosikan bidang-bidang penyelidikan Matematik dan kepakaran yang ada di UMT kepada mahasiswa/i Matematik seluruh Malaysia.

Objektif
  • Membincangkan hala tuju mahasiswa matematik selepas menamatkan pengajian di universiti.
  • Merapatkan hubungan silaturrahim di antara mahasiwa/i matematik daripada seluruh universiti di Malaysia.
  • Menyediakan pentas kepada pelajar matematik untuk bertukar pendapat tentang pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang matematik.
  • Memberi peluang kapada pelajar untuk mengenal cara pembelajaran yang saintifik dalam bidang matematik.